Tampilkan postingan dengan label otak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label otak. Tampilkan semua postingan

Jumat, 20 Desember 2013

UKM Lakukan Pembedahan Otak Semasa Pesakit Sedar

Awake Craniotomy
Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR — Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat satu lagi pencapaian menakjubkan apabila seorang pesakit disedarkan sewaktu pembedahan dilakukan.
Ia merupakan pembedahan pertama “Awake Craniotomy” yang dilakukan di Pusat Perubatan UKM, menurut portal berita UKM.
UKM berkata pembedahan itu dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan daripada otak pesakit tanpa menyebabkan kerosakan otaknya. Kalau pun ada, kerosakan yang dialaminya sangat kecil.
Siapa yang tidak mengetahui mungkin terkejut bahawa pesakit terbangun semasa pembedahan sedang dijalankan. Tetapi dalam pembedahan ini menyedarkan pesakit kembali adalah disengajakan.
Malah pesakit perlu disedarkan untuk memberitahu doktor bedah reaksinya bagi melindungi fungsi otak pesakit.
Pembedahan ini dilakukan oleh pakar bedah neurologi, Professor Madya Dr Ramesh Kumar, dengan dibantu tiga lagi pakar bedah iaitu Dr Toh Charng Jeng, Dr Sanmugarajah Paramasvaran dan Dr Ainul Jaffar.
Dr Esa Kamuruzaman ialah pakar bius yang bertanggungjawab bagi melalikan pesakit sebelum menyedarkannya semula sebaik tempurung kepala pesakit dibuka. Pesakit disedarkan semasa pembedahan bagi membolehkan ketumbuhan dikeluarkan dengan selamat.
UKM berkata pesakit pertama yang menjalani pembedahan ‘Awake Craniotomy’ di UKM telah pun sembuh dan kini berada dalam keadaan sihat.
Pembedahan sebegini selalu dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan yang berada di bahagian otak yang dikenali sebagai ‘Eloquent Brain’.
Ini ialah bahagian yang mengawal fungsi penting seperti komunikasi, persepsi, interaksi dan pergerakan.
Bahagian itu mengurus deria, pergerakan dan pertuturan yang merupakan fungsi penting untuk kehidupan normal.
Yang menakjubkan mengenai pembedahan unik ini ialah pesakit turut mengambil bahagian semasa pembedahan dengan memberi maklum balas kepada pakar bedah. Pakar bedah akan bertindak berdasarkan maklum balas daripada pesakit.
Yang tidak mengetahuinya mungkin menganggap suatu yang menggerunkan semasa pesakit mula sedar ketika pembedahan sedang dilangsungkan dan menjawab soalan yang diajukan kepadanya.
Dr Ramesh berkata pesakit perlu disedarkan semasa pembedahan berlangsung kerana ia untuk membolehkan pemotongan maksimum sambil memastikan tidak ada kecederaan ataupun hanya kecederaan minimum berlaku kepada tisu otak yang normal.
Ini untuk menentukan pesakit tidak mengalami kehilangan fungsi yang boleh menjejaskan pesakit.
Cara terbaik untuk memastikan pesakit tidak mengalami kerosakan fungsi tubuh badan akibat pembedahan itu ialah melalui maklum balas daripada pesakit sendiri.
Ini tidak dapat diketahui jika pesakit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri
Dr Ramesh berkata pesakit akan ditanya beberapa soalan dan disuruh untuk melakukan beberapa perkara yang mudah semasa ketumbuhan dipotong.
Ini bagi melihat sama ada bahagian otak yang mengawal fungsi itu tidak mengalami kerosakan akibat pembedahan yang dibuat.
Perubahan fungsi yang dikawal oleh bahagian otak itu diperhatikan dengan rapi. Jika terdapat perubahan yang negatif pada fungsi dan reaksi pesakit, pembedahan akan dihentikan.
Walaupun terdapat teknologi MRI yang dapat mengesan, di mana lokasi ketumbuhan, tetapi ia masih belum cukup tepat.
Dengan hanya berpandukan imbasan MRI pembedahan boleh diumpamakan seperti meredah kawasan yang penuh dengan perangkap samar.
Sebarang kerosakan kepada bahagian ini, walaupun cuma satu milimeter, boleh menyebabkan pesakit terpaksa hidup dengan kecacatan yang hakiki.
Dr Ramesh berkata “Walaupun imbasan MRI dapat menunjukkan bahagian pertuturan dan pergerakan, ia mungkin tidak menunjukkan bahagian yang penting dengan tepat.
“Oleh itu pemetaan otak dibuat dengan rangsangan elektrik kepada otak semasa pesakit sedar. Ini ialah cara yang paling berkesan bagi melindungi saraf,” kata Dr Ramesh.
Otak tidak mempunyai sistem penyembuhan sendiri, jadi jika mana-mana bahagian mengalami kerosakan, ia tidak akan pulih atau tumbuh kembali.
Pesakit akan diberi anestesia am sebelum pembedahan dimulakan untuk melalikannya. Pakar bedah akan memulakan pembedahan dengan membuka tempurung kepala untuk sampai kebahagiaan otak.
Pesakit perlu menerima bius kerana kulit kepala dan perikranium (tisu yang menyelaputi tempurung) berasa sakit sementara otak tidak mempunyai deria sakit.
Selepas tempurung kepala pesakit dibuka, anestesia dibalikkan, menyebabkan pesakit terjaga.
Selepas pemotongan ketumbuhan dibuat, pesakit dilalikan semula, untuk menutup kembali tempurung kepala.
Oleh sebab pembedahan itu agak menggerunkan bagi pesakit, mereka diberi kaunseling yang terperinci, sebelum pembedahan dilakukan.– BERNAMA
**Gambar di atas adalah gambar hiasan
Read More..

Senin, 18 November 2013

Ponsel Tak Sebabkan Tumor Otak

 
VIVAnews - Menggunakan ponsel selama bertahun-tahun ternyata tidak akan menambah resiko orang terkena penyakit kanker otak jinak. Demikian hasil dari sebuah riset terakhir yang dilakukan oleh ilmuwan Denmark.

Riset yang melibatkan pengumpulan data dari 2,9 juta orang Denmark, itu menyimpullkan bahwa para pengguna ponsel selama 11 tahun atau lebih, tidak memiliki tumor jenis ini, atau disebut juga dengan nama vestibular schwannomas.

Hasil penemuan ini kontradiktif dengan banyak penelitian sebelumnya. Ilmuwan dari Denmark ini mengatakan bahwa mereka tidak menemukan hubungan jangka panjang antara ponsel dengan perkembangan tumor itu.

Vestibular schwannomas adalah penyakit tumor ringan yang secara teoritis timbul dari energi yang terserap oleh otak dari medan elektromagnet yang dihasilkan oleh ponsel. Pada riset sebelumnya, World Health Organization mengklasifikasikan ponsel sebagai penyebab potensial kanker (karsinogen).

Riset yang dilakukan oleh ilmuwan Denmark ini adalah salah satu yang terbesar untuk meneliti masalah ini. Penelitian ini hanya mendata berapa lama seseorang telah menjadi pengguna ponsel. Namun, tidak mendata seberapa sering orang tersebut menggunakan ponsel.

Menurut, David Savitz, seorang profesor dari Brown University yang duduk dalam panel penelitian WHO itu, penemuan terbaru ini menjadi salah satu pembuktian ketiadaan hubungan antara pemakaian ponsel dengan peningkatan resiko vestibular schwannomas. Namun, kata Savitz, penelitian di bidang ini masih perlu terus dilakukan.


Vestibular schwannomas tumbuh di sekitar sel otak dan melibatkan fungsi pendengaran dan keseimbangan seseorang. Tumor ini akan menyebabkan seseorang kehilangan pendengaran, pusing-pusing, serta kehilangan keseimbangan.

Bila tumor ini tumbuh semakin besar, tumor ini mungkin akan menekan daerah-daerah otak yang penting sehingga bisa juga mengancam jiwa pengidapnya.

Karena tumor jenis ini adalah tumor yang pertumbuhannya sangat lambat, jadi masih ada kemungkinan tumor ini diketahui setelah lebih dari 11 tahun. Oleh karenanya, para peserta penelitian musti terus dimonitor untuk mengetahui perkembangan vestibular schwannomas, dalam tubuh mereka.
Read More..