Sabtu, 01 Maret 2014
Langkah Hijau Tian Chua Kee Kwong disoal siasat polis
KUALA LUMPUR 4 Dis: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Pengarah Jawatankuasa Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Wong antara yang dipanggil polis hari ini berikutan penyertaan mereka dalam Langkah Hijau, 25 November lalu.
Turut dipanggil Setiausaha Tian, Rozan Azen Mat Rasip.
Mereka diminta memberi keterangan di Balai Polis Wangsa Maju jam 2 petang ini.
“Kelmarin (Ahad) terima panggilan polis minta hadir ke Balai Polis Wangsa Maju untuk soal siasat penglibatan saya dalam Himpunan Hijau Anti-Lynas,” kata Tian dalam twitternya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin turut dipanggil polis berhubung penyertaan mereka dalam himpunan tersebut.
Menurut Ishak, semasa disoal-siasat, polis bertanya 40 soalan tetapi beliau menggunakan haknya untuk tidak menjawab.
“Antara soalan ialah sama ada himpunan itu mempunyai surat kebenaran dan mengapa ia dijalankan.
“Selebihnya hanya soalan mengaibkan dan saya memilih untuk tidak jawab,” katanya kepada Keadilan Daily, Khamis lalu.
Perarakan sejauh 42 kilometer itu bermula dari Markas PAS Taman Melewar di Gombak dan berakhir di Dataran Merdeka.
Sebahagian peserta berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan sejak 13 November lalu.
Turut berarak ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan pimpinan lain.
(Berita menyusul)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar