Jumat, 31 Januari 2014

Hebatnya manusia masa


MASA oh! masa. Kenapalah kau terlalu pantas, sampaikan banyak individu yang tidak ada masa. Ramai pula yang mendakwa tak sempat nak kejar masa. Ramai juga yang ditinggalkan masa.

Yang tunggu masa, masa pula tidak tunggu mereka.
Yang berjanji dengan masa, masa tidak pula berjanji dengan mereka.
AIR MATA DARAH
Siapa kita yang nak kawal masa? Kadang-kadang kita ingat kita senang esok lusa, rupa-rupanya esok lusalah masa yang paling sibuk bagi kita. Rupa-rupanya, kita dapati kita sudah tidak ada masa. Tiba-tiba kita dapati kita sudah buang masa, sudah rugi masa, kita bazir masa.
Yang dahsyatnya, masa yang berlalu tak boleh diganti lagi.
Kalau manusia menangis mengalirkan air mata darah sekalipun, masa tidak peduli, ia tetap berlalu dan berlepas.
Itulah hebatnya orang yang bernama masa itu.
TAYANGAN PERDANA- SIAPA RUGI, SIAPA UNTUNG?
Masa remaja sekali sahaja. Gunakanlah masa itu semaksimum yang boleh. Jangan penuhi dengan kerja-kerja yang sia-sia saja. Misalnya, buat tayangan perdana.
Sebenarnya, dalam era ini, tayangan perdana melambak di internet dan hebatnya boleh dilayari secara mudah dan percuma.
Malangnya, masa dulu, ia melibatkan manusia luar, sedihnya kini, daripada pengarah, sehinggalah kepada pelakon, penjual dan penonton adalah orang kita, budak kita.
Masa melakukan aksi berani itu, budak kita ada masa melakukannya. Orang lain yang kononnya tidak ada banyak masa, ada pula masa untuk mencari klip video tayangan perdana itu. Dan ada pula masa untuk menontonnya. Kadang-kadang berulang kali. Bab ini, semua ada masa.
Rupa-rupanya kita sudah ditinggalkan masa, masa yang menyaksikan budak hormat orang tua, orang tua hormat budak, guru ditakuti murid umpamanya. Masa itu sudah berlalu dan tidak akan datang lagi.
Sekarang ini masa budak boleh cabul orang tua begitulah sebaliknya. Masa pelajar tendang guru, ibu bapa saman guru.
Inilah realiti masa.
Jadi, dalam menghadapi perubahan masa, apakah kita akan gunakan pendekatan masa dulu untuk menangani masalah masa sekarang.
Atau kita semua diamkan diri, jaga periuk nasi masing-masing dan biarkan episod tayangan perdana berlalu begitu saja. Atau kita biarkan masa menentukannya, Atau kita biarkan generasi akan datang selesaikan masa yang kita gagal selesaikan hari ini.
Sebenarnya kita kena serius dan proaktif tangani krisis tingkah laku daripada remaja sampai kepada orang tua.
Kalau tidak, kita sudah tidak ada masa. Masa tak tunggu lagi. Mungkin masa akan datang, lebih hebat lagi bentuk tayangan perdana. Apakah jaminan masa itu kita boleh cari penawarnya sedangkan hari ini pun kita tidak seiya sekata tangani masalah ini. Salahkah kalau kita katakan, tidak ada orang peduli tentang keruntuhan akhlak remaja dan orang tua.
Mungkin ia berlaku kerana, masa ini bukan anak kita, mana tahu esok-esok, anak kita, atau kekasih, buah hati kita yang jadi pelakon utama tayangan perdana itu.
Apa-apapun jangan tunggu masa, ayuh kita ramai-ramai banteras gejala keruntuhan moral ini sampai ke lubang cacing.


Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

PAS giatkan usaha bantu mangsa banjir

KUANTAN: PAS hari ini mempergiatkan lagi usaha menyelamat dan menyalurkan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir yang masih terperangkap dalam bencana yang bermula Selasa lalu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu, usaha tersebut akan di pergiatkan lagi berikutan talian telekomunikasi dan elektrik yang berjaya di pulihkan malam tadi.

"Sebenarnya pergerakan kita terbatas dan seolah-olah hilang arah pada malam Rabu lalu apabila bekalan letrik terputus dan di susuli pula dengan bekalan telekomunasi yang memburukkan lagi keadaan," jelas beliau yang juga Yang Di Pertua PAS Indera Mahkota.

"Hujan lebat yang luar biasa serta air pasang besar pada malam itu menyebabkan air melimpah terlalu cepat serta di banyak tempat yang selama ini tidak pernah di naiki air," ujarnya.

Menurut beliau,  PAS Indera Mahkota serta Pusat Khidmat Adun Beserah dibantu ahli dan penyokong PAS akan meneruskan kerja-kerja menyelamat dan menyampaikan bantuan setakat yang termampu.

Andansura menambah, sebaik sahaja bekalan di pulihkan, pihaknya mengerahkan seluruh jentera agar melipatgandakan gerakan menyelamat dan menyampaikan bantuan terutama kepada mereka yang terkandas di Cendor, Sungai Ular serta Cenderawasih.

Dalam lawatan ke Pusat pemindahan di Kampung Padang, Taman LKNP dan Cenderawasih malam tadi, pihak sukarelawan mendapati masih banyak barangan yang diperlukan mangsa banjir.

PAS Indera Mahkota menyeru warga Malaysia yang prihatin agar dapat bersama-sama menyalurkan bantuan kewangan ke akaun BIMB Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah no. 0601 9010 0773 87.

Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Menakutkan Prob Phobos Grunt mungkin terhempas di bumi hari ini

Angkasa

SHAH ALAM - Pakar-pakar meramalkan yang prob Phobos-Grunt bagi misi ke Marikh yang gagal berfungsi akan jatuh semula ke bumi hari ini.

Gambaran artis menunjukkan bagaimana bahan api dari tangki bersalut aluminium pada kapal angkasa itu terbakar ketika memasuki atmosfera bumi, kata satu lapor portal Pendidikan Sains Angkasa.

Beberapa media asing juga membawa laporan itu sejak semalam.

Kapal angkasa Phobos-Grunt yang terkandas di orbit bumi tidak lama selepas ia dilancarkan pada 8 November lalu yang kemudiannya mengelilingi bumi dalam keadaan semakin rendah dari hari ke hari. 
 

Kata portal itu, pegawai-pegawai dari Agensi Angkasa Russia dipetik berkata yang prob itu akan memasuki atmosfera panas bumi pada hari ini.

“Serpihan Phobos-Grunt dijangka akan jatuh pada 15 Januari 2012. Tarikh sebenar mungkin berubah disebabkan faktor-faktor luaran,” kata Alexei Zolotukhin, jurucakap pasukan tentera angkasa Rusia kepada agensi berita Rusia.

Phobos-Grunt adalah sebuah kapal angkasa yang besar dengan berat 14.5 tan. 
 

Sebahagian dari beratnya adalah terdiri daripada bahan api hidrazina toksik, yang menyebabkan sesetengah pemerhati bimbang tentang potensi impak terhadap alam sekitar yang akan muncul ketika proses kemasukkan semula.

Pegawai-pegawai angkasa Rusia telah berulang kali menyatakan kebimbangan tersebut, kata portsl itu.

Ia menambah, bagaimanapun bahan api yang bersalut di dalam tangki aluminium mungkin terbakar di atmosfera bumi yang tinggi. 

Malah menurutnya, kebanyakkan serpihan Phobos-Grunt akan menemui nasib yang sama di mana pakar-pakar meramalkan antara 20 hingga 30 serpihan dengan berat maksimum 400 kilogram akan terhempas ke tanah atau air.

"Di mana serpihan-serpihan itu akan terhempas adalah sukar untuk dikatakan pada masa ini kerana penganalisis tidak mengetahui masa yang tepat untuk Phobos-Grunt masuk semula ke atmosfera bumi.

"Sehingga kini, kebanyakkan tempat di bumi adalah mempunyai potensi yang sejajar," kata tulisan portal itu.

“Kami hanya mengetahui ianya akan terhempas antara 51 darjah Utara dan 51 latitud Selatan,” kata Brian Weeden, penasihat teknikal di Yayasan Keselamatan Dunia, dipetik berkata.

Kematian Phobos-Grunt adalah begitu rapat dengan dua lagi satelit lain yang jatuh secara tidak terkawal baru-baru ini iaitu satelit iklim UARS milik NASA dengan berat 6.5 tan yang masuk semula dan jatuh ke Lautan Pasifik pada September lalu dan satelit ROSAT milik Jerman dengan berat 2.7 tan yang jatuh ke Lautan Hindi sebulan kemudian.

Misi Phobos-Grunt yang bernilai AS$165 juta bertujuan untuk mengambil sampel tanah dari permukaan sebuah bulan planet Marikh iaitu Phobos dan menghantarnya kembali ke bumi.

Enjin utama kapal angkasa itu tidak terbakar seperti yang dirancangkan untuk memacu Phobos-Grunt ke planet Merah dan menyebabkan ia terkandas di orbit bumi.

Walaupun telah mencuba berulang kali, kata portal itu, jurutera tidak dapat berkomunikasi dengan kapal angkasa berkenaan dan pakar berfikir Phobos Grunt mati dalam air.


SOURCE LINK

Read More..

Polis tak tahu hak berhimpun dijamin perlembagaan

Malaysiakini
  • Hazlan Zakaria
  •   Sep 10 2012
 
Seorang pegawai polis yang bertugas semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada April lalu memberitahu inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini, beliau tidak mengetahui bahawa hak berhimpun dijamin perlembagaan.

"Saya tidak tahu," kata Insp Farid Sairi ketika ditanya berhubung perkara itu oleh peguam Roger Chan yang menjadi peguam pemerhati untuk Majlis Peguam semasa sidang inkuiri yang masuk hari ke-15 hari ini.

Farid merupakan saksi ke-31 yang dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan inkuiri yang menyiasat pelanggaran hak asasi semasa dan selepas perhimpunan pada 28 April itu.

Inspektor polis itu serta seorang rakan sekerjanya memberi keterangan di hadapan panel Suhakam hari ini.
Read More..